Parasit Explicit!

Parasit Explicit!
Ya ini adalah satu post sarkastik ditujukan pada Parasit2 Explicit yang wujud dimana2 sahaja!

Parasit EXPLICIT!

Apa itu Parasit?

mengikut Kamus Dewan Bahasa, telah ditulis dengan tepat dan padat! telah menafsirkan PARASIT sebagai

1 tumbuh-tumbuhan atau binatang (spt cacing kerawit, pokok api-api dll) yg hidup pd tumbuh-tumbuhan atau pd binatang lain serta mendapat makanan drnya.
2 orang yg menumpang pd orang lain dgn tidak membayar apa-apa.



Jadi apa kena mengena dengan post ini?

post ini adalah satu post berkaitan dengan parasit2 yang wujud didalam dunia "siswa" dan juga di alam "kerja"

sila klik seterusnya untuk membaca tentang Parasit Explicit ini

seperti yang ditafsirkan oleh Kamus dewan Bahasa,

Parasit ini adalah orang yg menumpang pd orang lain dgn tidak membayar apa-apa.

ya, situasi ini, biasa kita dengar dan "merasa" sendiri, secara sedar ataupun tidak

tambahan pula didalam suasana "universiti" yang banyak memerlukan Kerja kumpulan






Digital Library: Universitas Negeri Malang telah menyatakan bahawa "perilaku siswa sebagi parasit belajar, dan ketidakmampuan kerja kelompok."


dari segi kefahamanku, ini menunjukkan bahawa "kejadian" parasit belajar ini adalah tidak asing lagi didalam dunia "pembelajaran"

dinyatakan didalam satu blog, yang menafsirkan parasit "kerja berkumpulan" ini sebagai

Lain lagi yang pandai mengelak dari memikul tanggungjawab. Bersikap suka 'taici' kerja. Hanya tahu menyerahkan tugasan atau kerja kepada orang lain atas alasan 'mendelegasi'. Padahal tugasan itu harus dikendali dan dikerjakan olehnya. Tapi hairan, bila ketuanya sendiri memberikan tugasan itu, beria-ia benar dia menerimanya. Tapi setelah itu, kerja yang diberikan diserahkan pula kepada pekerja lain siap dengan memberi 'dateline' lagi. - Waitseminit

 setuju?

semestinya,

pernah hadapi benda begini? saya pernah! dan juga saya sendiri pernah melihat dan dah boring mendengar tentang PARASIT2 ini..

kebanyakkan parasit memang bersifat begitu. BAM!, statement diatas tepat dekat kepala!



kejadian parasit belajar ni bukan asing lagi. tambah-tambahan di dalam DUNIA kerja berkumpulan.. saya akui, saya sendiri kekadang menjadi "parasit", sebabnya ada beberapa bab saya memang tidak "reti". akan tetapi, saya bukanlah parasit "perosak",  seboleh-bolehnya, saya akan sumbangkan apa yang saya mampu, tanpa mengelak, kerana saya tidak ingin menjatuhkan diri saya didalam golongan "Parasit" perosak. kalau boleh nak jadi "parasit" yang menyumbang juga pada kebaikan

jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan diri kita tergolong dalam kumpulan Parasit Perosak?

1: apabila diberikan tugas, jika tidak dapat selesaikannya, sekurang-kurangnya buat juga "kerja" yang diberikan, walaupun sedikit, supaya orang yang akan kita "bergantung" nanti, tidaklah akan "mengata" dibelakang kita.

2. jika benar2 kita ada "masalah" diwaktu tersebut, bagitau apa masalah tersebut,dan kalau ada kerja lain, pastikan kita "buat" apa yang kita cakap tu, seperti yang kita telah beritahu pada ahli2 kumpulan yang lain, kalau orang dah bagi kelonggaran, tapi kita "mungkir" janji tersebut, dimanakah kita? adakah kita akan tergolong dalam golongan "fitnah"? sebab kita telah menipu apa yang telah kita janjikan?  macam Nabil katakan "LU FIKIR LA SENDIRI"
Islam juga menekankan tentang "FITNAH", Al-Quran sendiri telah menafsirkan fitnah dalam pelbagai maksud
http://kaspo.wordpress.com/2008/06/25/apa-itu-fitnah/

setakat itu jelah  post tentang PARASIT EXPLICIT kalini

sekadar satu nukilan SARKASTIK pada Parasit2 yang wujud didalam dunia Siswa Siswi, aku pon parasit jugak! hehehe

ya! inilah PARASIT EXPLICIT!

parasit tahap Dewa2 Mutiara naga! (dragon ball)


Rambut sama hitam, Hati lain lain

setakat inilah perkongsian saya,jika ada salah dekat mana2, tegur2lah.. sekurang2nya saya tahu kesalahan saya dan ubah supaya pembaca2 seterusnya dah tak ter"ikut" benda2 yang mungkin saya tersilap

Yang Baik adalah dari Allah, segala yang buruk, salah, dan silap adalah dari saya sendiri...

Ma'asalamah, dan Renung2kanlah



So?
Hawauyu tudei? 
ARE YOU ONE OF THIS?
komen2 
p/s: Sila tekan butang "LIKE" dan "Share" untuk share artikel ini di facebook atau Twitter anda jika anda merasakan POST ini adalah ARTIKEL yang MENARIK dan perlu disebarkan untuk MEMBUKA minda rakan2 anda.. 
TERIMA KASIH DAUN KELADI
ADA MASA, SINGGAHLAH LAGI.





0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post

Read This!

If you would like your blog to be included in this reading list, just mail your blog link to Hawauyu[at]gmail.com. The of a blog that i read is Quality-non-diary blog. if you would like your post/article to be discussed by me, just mail the blog link to the same blog. with regards - Hawauyu

Label Cloud