Indahnya Mekah dibangunkan, pernah tak kita terfikir?

Assalamualaikum Sebelum meneruskan pembacaan,

Saya ingin menegaskan bahawa artikel ini bukanlah ditulis dengan niat untuk Menjatuhkan, Menghentam atau mengkritik Pembagunan di Mekah.
Pembagunan itu bagus, tapi pernahkah anda terfikir....




Artikel ini ditulis sekadar bingkisan untuk membuka "minda" pembaca tentang salah satu perkara yang "Pelik" yang telah berlaku samada kita "SEDAR" atau "TIDAK" tentang "pembagunan" di tanah suci bagi orang2 ISLAM, ya'itu Mekah, atau lebih "detailnya" lagi di kawasan "Masjidil Haram"




Tahukah anda, diwaktu artikel ini ditulis, Abraj Al Bait Towers yang sedang ataupun telah siap dibina di Mekah merupakan bagunan *TERBESAR didunia?
sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_largest_buildings_in_the_world 
  Klik seterusnya untuk terus membaca

Pembagunan di kawasan Masjidil Haram telah dijalankan atas dasar untuk Menampung "pembanjiran" umat-umat islam ke kota Mekah. ini kerana diwaktu2 kemuncak seperti HAJI
Hotel2 serta Mekah sendiri telah mengalami "kekurangan" tempat tinggal untuk orang-orang luar yang datang untuk menunaikan FARDHU wajib tersebut

YA! pembagunan itu nampaknya seperti satu "KEPERLUAN" untuk menampung jumlah umat ISLAM yang besar diwaktu kemuncak tersebut bagunan2 besar disekeliling Masjidil haram adalah untuk menampung jumlah umat Islam ini dilihat sebagai salah satu pembagunan yang "PATUT" dan "DAH TIBA MASA" untuk dibina.




Terlalulah Banyak jumlah umat islam di dunia ini sehinggakan kerajaan Arab saudi terpaksa Menghadkan JUMLAH orang2 yang datang untuk menunaikan fardhu haji di mekah, sehinggakan ramai yang mengeluh kerana tidak dapat menunaikan haji.. mungkin tak sampai "SERU" lagi gamaknya..


===================Pernah tak kita terfikir==========================  
Pernahkah Anda terfikir 1:
Pernah tak kita terfikir, kenapa ada juga orang yang membantah "PEMBAGUNAN" tersebut? bahkan ada yang merasakan "PELIK" kenapa perlu dibina berhampiran masjidil haram?
sekadar membuka minda pembaca
kenapa dibangunkan bagunan2 tinggi diMekah sehingga overshadow(membayangi) ka'bah dan masjidil haram
sedangkan dalam hadith 40 (hadith islam iman dan ihsan) sendiri nabi menjawab soalan Jibril tentang tanda2 kiamat - “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “ hadith penuh

HADITS KEDUA

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ   وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ . قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ .  
[رواه مسلم]
Daripada 'Umar Ibn al-Khattab r.'a, katanya:

Pada suatu hari ketikamana kami sedang duduk bersama Rasulullah s.'a.w,

muncul seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam,
tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada sesiapa di kalangan kami yang mengenalinya. Kemudian ia duduk di samping Rasulullah s.'a.w. Ia menemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah s.'a.w dan meletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah s.'a.w,
lalu berkata: "Wahai Muhammad! beritahulah kepada aku tentang Islam."

Rasulullah s.'a.w menjawab: "Islam,iaitu hendaklah memberikan kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhamad adalah rasulullah, bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bula Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berkeupayaan ke sana."

Orang tersebut berkata: "Benar katamu."

Kata Umar r.'a: "Kami merasa hairan terhadap orang itu, ia bertanya lalu ia pula mengiyakannya."

Orang tersebut berkata lagi: "berithulah kepada aku tentang Iman."

Jawab Rasulullah: "Hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baik dan yang buruk."

Kata orang tersebut: "Benar katamu.Beritahukan kepadaku pula tentang Ihsan."

Jawab Rasulullah s.'a.w: "Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olahengkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau."

Orang tersebut berkata lagi: "Beritahukan kepadaku tentang hari Kiamat."

Jawab Rasulullah s.'a.w: "Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya."

Kata orang tersebut: "Beritahukan padaku tentang tanda-tandanya?"
Jawab Rasulullah s.'a.w: "Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri, apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan tinggi-tinggi."

Kemudian orang itu pun beredar dan aku menunggu agak lama. Kemudian Rasulullah bertanya: "Wahai 'Umar, tahukah anda siapa orang yang menyoal aku itu?" Jawab 'Umar r.'a: "Allah dan RasulNya jua yang mengetahui."

Sabda Rasulullah: "Itulah Jibril 'a.s, ia datang untuk mengajar agama kepada kamu." (Riwayat Muslim)
Tahukah anda, diwaktu artikel ini ditulis,
Abraj Al Bait Towers yang sedang ataupun telah siap dibina di Mekah merupakan bagunan *TERBESAR didunia? sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_largest_buildings_in_the_world

seperti hadith diatas,
saya telah "TEBALKAN(bold)" ayat yang berkaitan berlumba2 membina bagunan tinggi.

YA, ITU ADALAH PETANDA KIAMAT yang dijawab oleh NABI MUHAMMAD kepada MALAIKAT JIBRIL

=========================================================================  
Pernahkah anda terfikir 2: Lihat gambar ini

Similar: The Mecca clock (left) bears a strong resemblance to London's Big Ben, but is in fact much higher at more than 2000ft

Apa pendapat Anda tentang persamaan ini? "STRONG RESEMBLANCE"(persamaan yang tinggi)
=================================================================

Pernahkah Anda terfikir 3:
Pernah anda terfikir, bahawa Islam yang menggalakkan KESERDAHANAAN pada umatnya. akan tetapi diwaktu siapnya pembagunan tersebut, "KESERDAHANAAN itu sudah hilang?
Dalam Islam, konsep umum yang ditekankan ialah kesederhanaan. Sekiranya umat Islam mengamalkan konsep kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan, termasuk ketika berbelanja, sudah tentu tidak berlaku kesempitan wang dan terhindar daripada hutang.
sumber: http://lib.iium.edu.my/mom2/cm/content/view/view.jsp?key=zoBZGVfiWvOF6uKoo4LsMYpCrmgv4PXD20080625164709609

====================================================================

Pernahkah Anda terfikir 4: kita ingin menunaikan haji dimekah sebagai memenuhi rukun islam ke lima RUKUN ISLAM
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
 sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Islam

falsafah disebalik menunaikan haji juga untuk keserdahanaan:
Ibadat haji tidak memungkinkan seseorang itu mencapai kehendak ibadatnya dengan begitu mudah, kita perlu menghadirkan diri kita ke Tanah Suci dengan keadaan yang luar dari kebiasaan. Dalam ertikata lain, kita mesti keluar dari kelaziman dan kesenangan yang diterima selama ini, di mana keadaan di Tanah Suci tidak memberi peluang untuk kita menikmati keselesaan seperti di negara sendiri. Kita terpaksa berkhemah di Arafah dan Mina dengan pakaian putih di atas padang pasir memperkata dan membisikkan sesuatu kepada Allah bagi memohon keampunan dan keredhaan sebelum kembali kepada-Nya. Ibadat haji merupakan kemuncak pengorbanan seseorang hamba kepada Allah sudah tentu mempunyai kelebihan dan ganjaran yang banyak serta hikmah yang besar.
sumber: http://www.al-azim.com/haji/falsafah.htm

akan tetapi selepas ini falsafah ini mungkin hanya tinggal falsafah, mungkin dua tiga perkara masih mengekalkan Keserdahanaan, akan tetapi kesenangan itu akan wujud dengan wujudnya tempat2 tinggal yang menyamai HOTEL 5 bintang ini

==========================================================

setakat ini sajalah perkara yang saya tulis sebagai untuk membuka mata dan minda kita, seperti yang saya katakan diawal post
"artikel ini bukanlah ditulis dengan niat untuk Menjatuhkan, Menghentam atau mengkritik Pembagunan di Mekah.

Pembagunan itu bagus, tapi pernahkah anda terfikir...." sekadar bingkisan hati untuk kita sama2 berfikir,

Kita diakhir zaman seperti dinyatakan
disurah Yasin
Kun Faya Kun (Allah kata jadi maka jadilah)
kiamat sudah hampir


setakat inilah perkongsian saya,jika ada salah dekat mana2, tegur2lah.. sekurang2nya saya tahu kesalahan saya dan ubah supaya pembaca2 seterusnya dah tak ter"ikut" benda2 yang mungkin saya tersilap

Yang Baik adalah dari Allah, segala yang buruk, salah, dan silap adalah dari saya sendiri...

Ma'asalamah, dan Renung2kanlah 
 
So?
Hawauyu tudei? komen2 
p/s: Sila tekan butang "LIKE" dan "Share" untuk share artikel ini di facebook atau Twitter anda jika anda merasakan POST ini adalah ARTIKEL yang MENARIK dan perlu disebarkan untuk MEMBUKA minda rakan2 anda.. 
TERIMA KASIH DAUN KELADI
ADA MASA, SINGGAHLAH LAGI.

p/s: Pembetulan,  Abraj Al Bait Towers adalah dalam kategori TERBESAR, bukan TERTINGGI, kesalahan amatlah saya kesali, dan trima kasih pada pembaca Farhan Al-Jitrawi kerana tunjukkan kesalahan fakta =)

Artikel serta respon pembaca juga terdapat di:(bahagian bawah/komen) http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8803
(forum) http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8803
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=267313
 



2 Responses
  1. Che'ma Says:

    baru ku tahu ini ceritanya..tq mecatrix


  2. thanks for sharing this.. baru tahu semua ni :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post

Read This!

If you would like your blog to be included in this reading list, just mail your blog link to Hawauyu[at]gmail.com. The of a blog that i read is Quality-non-diary blog. if you would like your post/article to be discussed by me, just mail the blog link to the same blog. with regards - Hawauyu

Label Cloud