Politik: Sejarah, diubahsuai atau memang tepat?

Baru2 ni negara dikejutkan dengan "komen" yang diberikan oleh saudara Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tentang sejarah negara (spesifiknya kisah Bukit kepong).



semua "media2 arus perdana" memberi komen, hinaan dan cercaan tentang "komen" yang diberikan oleh beliau. boleh dikatakan hampir SEMUA media arus perdana termasuklah TV3, UTUSAN, Berita Harian, The star dan lain2 termasuklah BLOGGER2 KERAJAAN serta PEMBANGKANG turut menyumbangkan pendapat masing2 tentang "komen" serta "pengubahsuaian(kononnya[wallauhualam]) yang diberikan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu


berikut adalah analisis / komen saya tentang perkara tersebut, saya akan bincangkan dibawah tajuk

Politik: : "Sejarah". diubahsuai atau memang tepat?

analisis / komen ini bukanlah dari segi menyokong mana2 pihak, tapi sekadar "pengalaman" saya dalam beberapa "temubual" bersama pelajar2 jurusan "sejarah" dari pelbagai universiti untuk menyiapkan beberapa "tugasan / asignment " yang telah diberikan oleh Pensyarah / Lecturer saya.


diwaktu menyiapkan beberapa "tugasan / asignment " tersebut, saya terpaksa melakukan "interview / temubual " dengan beberapa "pelajar2" jurusan "sejarah / history" . saya tidak akan menyentuh apa tugasan saya tapi saya akan sentuh tentang informasi yang saya dapat sewaktu "berbual2 kosong" selepas saya sudah dapatkan info tentang tugasan2 terebut.. sewaktu "berbual2 kosong" maka terkeluarlah satu soalan dari salah sorang Pelajar yang ditemubual oleh saya. "apa pendapat hang(awak/kamu) tentang sejarah yang telah kita belajaq (belajar) dari kecik (kecil)?" .

maka saya jawaplah sejarah la, benda yang dah lepas dan baru sangat lepas, bahkan yang akan berlaku, tu sebabnya dalam tv ka paper ka akan cakap "sejarah bakal diukir selepas bla bla bla", maknanya benda yang akan berlaku juga boleh jadi sejarah. sejarah jugak banyak ditulis didalam buku2 serta kita kena belajaq dari kecil.

selepas tu kebanyakkan mengiakan jawapan saya, maka bermulalah perbincangan kami tentang sejarah
salah seorang telah menyatakan bahawa sejarah yang kita belajar tidak semestinya betul. kerana sejarah ni kalau nak kaji betul2, kita kena tahu "fakta" sejarah itu, dan bukan berhenti disitu sahaja, kita juga kena la tahu ada tak perkara2 lain yang "berkait" dengan "fakta" yang kita dapat tu. tu sebabnya walaupun apa kita belajar tu berdasarkan "fakta" yang betul, tapi "fakta" tu akan berubah kalau ada "unsur2" lain atau "fakta2" lain yang secara x langsung berkait dengan fakta tersebut

katakan kita dapat satu fakta tentang sejarah.. saya namakan FAKTA A

FAKTA A tu setelah dikaji memang tepat.. makan FAKTA A itu yang kita belajar.
setelah bertahun2 FAKTA A tu kita gunakan, tiba2 ada orang nak "REPLICATE / buat kajian semula" tentang FAKTA A, beliau "REPLICATE / buat kajian semula"kerana beliau mendapat maklumat adanya kaitan FAKTA A dengan "FAKTA B ( bab lain)  dan FAKTA C (bab lain)" .. setelah buat kajian, rupanya FAKTA B dan FAKTA C tersebut memang ada kaitan, walau x banyak tapi fakta2 tambahan ni mengubah semua apa yang kita tahu mengenai FAKTA A tersebut. kerana tanpa FAKTA B dan C,  perkara tersebut menyatakan sejarah tersebut berlaku kerana PERKARA A, tapi setelah dikaitkan dengan FAKTA B dan C , rupa2nya PERKARA A yang dikaji tu, tak menyeluruh, mengabaikan FAKTA B dan C..  jadi FAKTA A akan berubah menjadi FAKTA D setelah dicampur dengan analisis2 serta kaitan2 dari FAKTA B dan C...

ingat. zaman sekarang sudah makin maju, terdapat pelbagai  punca(source), warga2 yang hidup dizaman itu dijumpai, atau kesan2 sejarah baru dijumpai, benda2 ni yang mungkin menjadi FAKTA B dan C

secara mudah
FAKTA A = replicate , dikaji semula, dan diketahui bahawa:
FAKTA B n FAKTA C ada kaitan dengan FAKTA A
maka
FAKTA B DAN FAKTA C mengubah semua cerita FAKTA A menjadikan satu fakta yang baru

CONTOH:
FAKTA A = Sejarah Firaun (king TUT) - seperti yang diketahui cuma pemimpin dizaman mesir
FAKTA B = jumpa "anak panah dan busur"
FAKTA C = jumpa "UKIRAN berkisar tentang sesorang sedang memanah"
maka fakta pemimpin itu akan berubah dan disertakan tambahan informasi yang baru diketahui menjadi "pemimpin dizaman mesir yang suka memanah"
*sekadar contoh ciptaan*

ini yang telah mereka belajar didalam jurusan masing2..
bahawa sejarah itu tidak semestinya sudah "HABIS" disitu sahaja, itu sebabnya sejarahwan tidak berhenti disitu sahaja, mereka akan meneruskan kajian mereka dan mencari fakta2 baru yang boleh dikaitkan..

dan sebab itulah ARKEOLOGIS(archeologist)  dan SEJARAHWAN (historian) banyak dilahirkan, bukan semata2 untuk menulis buku sejarah, menjadi batu asas untuk bertanya soalan sejarah2, mereka juga dilahirkan untuk sentiasa menkaji FAKTA2 yang wujud, dan compare dengna FAKTA2 yang baru mereka ketahui.

berkaitan dengan video diatas,

mungkin beliau betul atau mungkin beliau salah,
kerana, beliau berhujah mengikut fakta yang beliau dapat, dan beliau kaitkan dengan apa yang beliau telah belajar dimasa dahulu.
saya x katakan beliau betul atau beliau salah,
sudah tiba masanya "SEJARAHWAN" keluar dan memberi hujah mereka,
jika sejarah sekarang sudah BETUL, HUJAHKAN
Jika sejarah yang diberitahu beliau tu salah, HUJAHKAN
apa yang berlaku sekarang bukan hujah yang diberikan tapi CACIAN serta HINAAN pribadi..
apa kata, kita HUJAHKAN, dan LIHAT dimana salah atau betulnya FAKTA yang diberikan beliau.
zaman sekarang, zaman berhujah, orang sukar mempercayai satu perkara tu semata2, orang akan percaya berdasarkan HUJAH yang LOGIK serta masuk akal.

ingat!
ilmu tidak berhenti disitu sahaja, ilmu sentiasa berkembang, kita harus mengikuti perkembangan ILMU tersebut supaya tidak TERTINGGAL "keretapi" yang laju skarang ni(zaman yang laju berkembang)

ini cuma pandangan anak muda =)

p/s: tapi bila dipikir pikirkan balek, kalau MAT SABU tak keluarkan "KOMEN" panas ni, sapa pon tak teringin nak selidik2 tentang sejarah ni.. sekarang ni lepas MAT SABU kuarkan komen, barulah JAGUH2 SEJARAHWAN dari PELBAGAI background keluar memberikan hujah dan fakta mereka, walaupun ada certain2 berlandaskan politik, sekurang2nya kita dapat gak belajar sesuatu yang baru =)

komen dibawah


1 Response
  1. Betul ... nak tambah kebenaran sesuatu sejarah itu juga wajar dilihat dari siapa yang merekodkannya ...cth dalam satu medan perang, ada dua saksi dan mereka merekodkan apa yang mereka lihat ... seorang menulis apa yang beliau lihat bagi pihak A dan seorang lagi menulis bagi pihak B ...Sudah tentu ada perbezaan fakta di situ walaupun kedua2 mereka merekodkan perkara yang sama .... Jadi fakta mana yg betul?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post

Read This!

If you would like your blog to be included in this reading list, just mail your blog link to Hawauyu[at]gmail.com. The of a blog that i read is Quality-non-diary blog. if you would like your post/article to be discussed by me, just mail the blog link to the same blog. with regards - Hawauyu

Label Cloud