Alamak! kantoi sudey~ , TV3 PHAIL!

beberapa minggu lalu kecoh pasal pusat tuisyen memurtadkan budak2 yang belajar disitu.

tgh2 hot pasai brita ni, tetiba kantoi sudey~, Live on TV3 pulak tu..
apa yang kantoi?
besokan sikit, kot2 x nampak.. wow! pengerusi surau tu... aik, ada samting yang pelik.. highlight sket
surau al-musyirikin?
AL-MUSYRIKIN?
AL-MUSYRIKIN?
AL-MUSYRIKIN?
#facepalm
tau kenapa #FACEPALM?
sebab maksud musyrik adalah menyekutukan ALLAH.. 
dalam bahasa ARAB (ahem![blagak sebab blajar bahasa arab dekat yuyaiyeh(UIA)]) musyrik adalah fa'il kepada syirik..
kalau x caya tgk ni
http://id.wikipedia.org/wiki/Musyrik
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Musyrik
dalam quran pon ada.. meh aku paste sikit
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَلاَ تَكُونُوا مِنْ الْمُشْرِكِينَ (31) مِنْ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ
فَرِحُونَ (32).

Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. [al-Rum, ayat 31-32]


again.. .#FACEPALM!

aku dah macam ni time tgk berita tu aritu..
aku buat crita?.. meh tgk rakaman berita ni

and I #LOL'ed again

TV3 phail? atau buat cerita? wallahualam! yang pasti, depa ni jahil kot bab bahasa, sampai x cari apa maksud.. dengaq musyrik konon2 cam arab ja.. walhal x tau maksud musyrik tu.. bahasa arab tu bahasa la bai, kena paham jugak, x paham, camni la jadinya

again.. #FACEPALM!


so? hawauyu? komen below!


Politik: Sejarah, diubahsuai atau memang tepat?

Baru2 ni negara dikejutkan dengan "komen" yang diberikan oleh saudara Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tentang sejarah negara (spesifiknya kisah Bukit kepong).



semua "media2 arus perdana" memberi komen, hinaan dan cercaan tentang "komen" yang diberikan oleh beliau. boleh dikatakan hampir SEMUA media arus perdana termasuklah TV3, UTUSAN, Berita Harian, The star dan lain2 termasuklah BLOGGER2 KERAJAAN serta PEMBANGKANG turut menyumbangkan pendapat masing2 tentang "komen" serta "pengubahsuaian(kononnya[wallauhualam]) yang diberikan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu


berikut adalah analisis / komen saya tentang perkara tersebut, saya akan bincangkan dibawah tajuk

Politik: : "Sejarah". diubahsuai atau memang tepat?

analisis / komen ini bukanlah dari segi menyokong mana2 pihak, tapi sekadar "pengalaman" saya dalam beberapa "temubual" bersama pelajar2 jurusan "sejarah" dari pelbagai universiti untuk menyiapkan beberapa "tugasan / asignment " yang telah diberikan oleh Pensyarah / Lecturer saya.


Education: Percubaan SPM 2011(download)

Collection of SPM trial Paper 2011 are been shared on the net. This widespread of trial paper are for the SPM students to download and test their knowledge so far and to prepare for the incoming SPM 2011. This collection are collection that are shared on the net that i manage to find for benefits of SPM 2011 students. I would not hold any responsibility for any information and paper that are distribute. And of course, i'm not the one hosting this files =)
========================SPM ( sijil pelajaran malaysia )========================= Koleksi soalan-soalan percubaan SPM 2011 telah dikongsi di internet. Penyebaran kertas-kertas soalan SPM 2011 ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar SPM 2011 dalam menguji pengetahuan mereka setakat ini dan sekaligus bersedia untuk menghadapi SPM 2011 yang sudah hampir. Koleksi ini adalah koleksi yang dikongsi di internet dan yang telah saya jumpai untuk kebaikan pelajar-pelajar SPM 2011. Saya tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa maklumat dan soalan-soalan yang disediakan ini.
==================================================
Semoga berjaya!



Education: Percubaan PMR 2011(download)

Collection of PMR trial Paper 2011 are been shared on the net. This widespread of trial paper are for the PMR student to download and test their knowledge so far and to prepare for the incoming PMR 2011. This collection are collection that are shared on the net that i manage to find for benefits of PMR 2011 students. I would not hold any responsibility for any information and paper that are distribute. And of course, i'm not the one hosting this files =)
=====================================================
Koleksi soalan-soalan percubaan PMR 2011 telah dikongsi di internet. Penyebaran kertas-kertas soalan PMR 2011 ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar PMR 2011 dalam menguji pengetahuan mereka setakat ini dan sekaligus bersedia untuk menghadapi PMR 2011 yang sudah hampir. Koleksi ini adalah koleksi yang dikongsi di internet dan yang telah saya jumpai untuk kebaikan pelajar-pelajar PMR 2011. Saya tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa maklumat dan soalan-soalan yang disediakan ini.
==================================================
Semoga berjaya!


Islam: Murtad, Zakat, dan Saling menunding jari?

Artikel ini ditulis sebagai respons kepada artikel milik DrMaza yang bertajuk:

Menangisi Murtad dan Zakat (klik sini)

Assalamuaikum pada pembaca.

diwaktu ni, tengah kecoh tentang berita Umat islam yang ditangkap dalam menghadiri majlis yang diadakan pihak gereja, bahkan didalam golongan2 umat islam yang ditangkap tu, dikatakan bahawa ada juga yang telah Murtad.. Wallahualam

Berita, rujuk di sini - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAIS_polisserbuumatIslamdalamgereja/Article/index_html

maka, serbuan tersebut, telah dipolitikkan orang ramai pihak, dan seterusnya ISU INI yang asalnya merupakan ISU AQIDAH telah menjadi satu ISU POLITIK.



Islam: Mengingati Allah

Assalamualaikum.
Harini, sempena, bulan yang baik ni, hamba nak berkongsi sedikit ilmu dengan pembaca2 blog hamba yang tak seberapa ni.

seharusnya sebelum saya bermula, izinkan saya mengingati pembaca, bahawa penulisan saya adalah dalam ke'adaan santai. oleh itu janganlah anda sebab ternampak penulisan hamba yang santai ni, tuan2 trus tolak x mau baca blog saya.. ala, luangkan sikit masa tuan2 yang sememangnya membuang masa(membuang masa la sebab blogwalking) atau memang menggunakan masa dengan sebaiknya ini untuk membaca nukilan hamba tentang islam

Mengingati Allah (Zikrullah)

sebelum mula, saya nak post video yang menarik ini.. almaqlomla, orang2 zaman skarang ni suka beno tengok bola, jadi untuk post tentang mengingati Allah, mari saya post video bola ni, dan kita sembang2 sket bab video dan kaitkan dengan tajuk arini, mengingati Allah

Tajuk video ni :

Fastest goalkeeper in the history(klik sini kalau nak tgk kat yutube)








Kalaula commentator bola mesia camni, pergh.. memang terbaik la..by the weih(by the way) - video ni pasal golkeeper yang lari, pergh... cukup pantas, mmg laju tul, kalah lipas kudung(macam penah je tgk lipas lari,koekoekoek).. tapi yang menariknya commentator bola ni.. prasan x? ye la, tgk video tgk gak, ce dengar cara commentator bola tu punya bersemangat, sedar x sedar beliau ucapkan " YA ALLAH~.... YA ALLAH~"  dalam tugas beliau.. ye la, tau, pembaca ada jugak yang akan cakap "ala, ya Allah pon, dia ada sambung dengan ayat2 lain", ye la.. tapi adakah kita sendiri, terlintas untuk ucapkan "ya Allah" setiap hari? tolak la dalam solat(tu pon kalau solat,hehehe), ada x kita ucapkan Ya Allah? sengatlah kurang, xcept kalau berdoa dan beberapa situasi yang "wajib"... tgk commentator ni, pergh, memang ALLAH x lekang dari bibir beliau, sehingga membawa ketempat kerja..memang terbaik gitu..

Mungkin benda ni sekadar "benda kecik" bagi sebahagian orang, biasa la, saya pon akui, lain orang, lain cara, dan lain pendapat. tapi bagi saya sekurang2nya ucapan Ya Allah, atau sekadar menyebut "Allah" menunjukkan bahawa kita sentiasa mengingati beliau, secara langsung atau x langsung.
bahkan sultan kelantan juga berkata:

"Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahu Akbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan (klik untuk berita)

seperti sebuah sirah(sejarah) yang saya petik dari blog ini
"PADA suatu Subuh, Saidina Bilal melihat Rasulullah s.a.w menangis teresak-esak. Apabila Bilal bertanya mengapakah baginda menangis, lalu Rasulullah s.a.w menjawab baginda baru saja menerima wahyu (ayat 191 hingga 195 surah Ali-Imran).
Apakah kandungan ayat berkenaan yang menyebabkan Rasulullah s.a.w menangis? Dalam ayat pertama, Allah menerangkan mengenai sifat orang yang mengingati-Nya pada waktu berdiri, duduk dan berbaring.
Menurut Abdullah Yusuf Ali dalam tafsirnya, semua keadaan itu (berdiri, duduk dan berbaring) adalah simbolik untuk semua keadaan termasuk peribadi, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain.
Maknanya dalam seluruh hidup kita sama ada belajar, bekerja, bergaul, berumahtangga malah apa saja, adalah dalam keadaan sentiasa mengingati Allah." - http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/09/makna-mengingati-allah/

Allah telah nyatakan dalam Al-Quran, surah Al-Ra'd ayat 28
13:28
Sahih International
Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.  

Seperti ayat diatas, Allah sendiri menyatakan bahawa orang2 beriman dan tenteram hati2 depa(mereka/orang2 beriman) ni sentiasa mengingati Allah dengan Zikrullah. allah juga menyatakan bahawa Zikrullah juga boleh bagi hati manusia tenteram.


sebenarnya, ada banyak cara untuk zikrullah.. boleh lihat artikel ni http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/07/zikrullah-mengingati-allah.html.
kalau susah sgt, juz cuma dekat2kanlah hati anda dengan mengingati Allah, setiap masa.
Ingat! sedangkan anak sendiri, keluarga sendiri, ayah, ibu, dan benda2 lain kita boleh ingat sentiasa, apa kata kita selit skit dalam hati kita, untuk ingat Allah dan Rasulnya..


ok, takat tu la perkongsianku, jika ada salah dekat mana2, tegur2lah.. sekurang2nya saya tahu kesalahan saya dan ubah supaya pembaca2 seterusnya dah tak ter"ikut" benda2 yang mungkin saya tersilap


Yang Baik adalah dari Allah, segala yang buruk, salah, dan silap adalah dari saya sendiri...

Ma'asalamah, dan Renung2kanlah dibulan mulia ni
So?
Hawauyu tudei? 
komen2
 


LOL sekejap! mat bangla nyanyi lagu saleem?

LOL sekejap! mat bangla nyanyi lagu saleem?
siot, mat bangla cover lagu abang saleem?
ini la sebabnya ramai orang cakap mamat2 bangla ni MUDAH dapat "kerakyatan".. kalau ujian kerakyatan kena nyanyi lagu meleis! kompom mamat ni dapat "kerakyatan" yang sempurna tanpa was2

enjois guys!
Mat Bangla - Suci dalam debu (penyanyi asal Saleem)








Dan beliau juga berjaya membawa lagu terbaru saleem tampa was2
tinggal kenangan(saleem) versi mat bangla




Post ini sekadar untuk santai sahaja, tidak ada kena mengena dengan POLITIKUS mahupun tikus2 yang lain.. kalau ada kena mengena, bukan tanggungjawapku kerana ANDA yang gatai tangan untuk membuka blog ini, dan membaca post ini, serta menekan butang PLAY untuk ENJOIS lagu2 dibawa oleh mamat bangla ini..

p/s: betui ka dia mamat bangla? sora dah x macam bangla, sedap gitu.. gulung tikar la saleem lepaih ni!

so? hawauyu?
Ken yew Sing THis song bet-ter den him?
hahaha


Palsu / Hoax / fake: Gambar Bulan berada di atas Kaabah pada malam Selasa lepas

baru2 ni kecoh bahawa selasa lepas (selasa minggu tarikh post ini ditulis) bahawa kejadian bulan berada diatas ka'bah disebarkan melalui media maya dan internet..
dan baru harini saya jumpa kononnya gambar kejadian tersebut


SMS tersebut berbunyi:
Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)...

==================
semak kesahihan mesej
=================
astrology = ahlil nujum
astronomer = baru ahli astronomi
bulan mengelilingi ka'bah = bulan keliling bumi, bukan ka'bah, kalau mesej tu tulis bulan terpacak di ka'bah, mungkin benar
Doa termakbul = tiada hadith2 sahih yang menyokong bahawa berdoa diwaktu tersebut doa akan termakbul.
10 Juta tahun sekali = Wallahualam, bulan peernah ke mengelilingi ka'bah, kecualilah dengan Kehendak-Nya. kun fayakun (surah yasin). walau bagaimanapun tiada bukti sahih pernah berlaku 10 juta tahun yang lalu.
========================

ini adalah gambar hoax/fake tentang kejadian tersebut


berikut adalah penerangan saya


gambar kejadian bulan sabit yang kelihatan di mekah.. sekian

tgk gambar no 2, gambar diambil dari blakang bulan = kalau satelit diblakang bulan sekalipon, tidak akan gambar jadi begitu, kerana jarak bumi dan bulan jauh, maka gambar bulan sepatutnya akan menitupi bumi, atau gambar diambil akan nampak keseluruhan bumi
gambar ini diambil di : http://www.pinkysmile.com/vb/archive/index.php/t-1687.html bertarikh - 03-14-2011

gambar 3: kalau bulan diatas ka'bah, sepatutnya gambar diambil dari bawah ka'abah pandang ke'atas, bukan dari tepi, kalau dari tepi bukan atas ka'bah tapi selari dengan gambar diambil dengan ka'bah.

=====================
menyedihkan
=====================
walaupun telah diterangkan pada sehari sebelum kejadian oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
bahawa kejadian ini tidak berlaku, siap keterangan telah diberikan, masih disebarkan lagi mesej berantai tersebut
http://www.facebook.com/notes/agensi-angkasa-negara-angkasa/bulan-mengelilingi-kaabah/251976368158509
====================
mesej berantai tersebut hanyalah satu agenda untuk merendahkan aqidah umat2 islam. tambahan pula diwaktu bulan ramadhan ni, ramai mengejar2 pahala dan ini adalah salah satu cara singkat untuk bagi mereka2 yang bertanggungjawab untuk merosakkan aqidah umat islam dengan menggunakan "kebodohan"  Melayu2 Muslim yang mudah percaya dengan berita2  berantai berkaitan agama tanpa diselidik..
=================
Penyiasatan
---------------------------
walau bagaimanapun, Jeddah astronomy society ada mengeluarkan info tentang kejadian tentang bulan selari diatas ka'bah
=======================
JEDDAH: Makkah will witness Monday two astronomical phenomena: the equal length of day and night – sunrise and sunset at 6:30 A.M. and 6:30 P.M. respectively – and the moon in a vertical position above the Holy Ka’ba.
Majed Abu Zahra, head of the Jeddah Astronomy Society (JAS), said after sunset, the International Space Station (ISS) will enter the Makkah sky from the west at 7:15 P.M., and about three minutes later its bright light will be seen easily in Makkah and nearby areas. The moon will be vertical over the Ka’ba, for the second time this year, at 7:55 P.M. local time. It will be 67.9 percent illuminated, he added.
– Okaz/Saudi Gazette  __
sumber
 http://www.a1saudiarabia.com/monday-moon-vertical-over-holy-kaba/
=====================
berita tersebut juga mengatakan kejadian ini merupakan kali KEDUA.. bukannya 10 tahun sekali.

maklumat ini dikeluakan oleh Jeddah Astronomy Society pada 13/MARCH yang lalu..
bole

berita/gambar ini diambil do
http://www.pinkysmile.com/vb/archive/index.php/t-1687.html bertarikh - 03-14-2011
rasanya
=====================
sebelum mengakhiri analisis dan post saya
ingin saya quote komen sahabat di page ini
Misteri Para Wali ·
buatlah ibadat dgn istiqamah tanpa mengiri saat..

janganlah anda buat ibadat kerana TAKUT dengan mesej berantai, tetapi seperti yang diterapkan oleh islam sendiri, buatlah IBADAT seperti ESOK tiada lagi...

bukan apa, orang2 Melayu Muslim ni selalunya "BERIBADAT" lepas dapat mesej2 camni, didalam kesusahan atau sewaktu dengannya sahaja. anda patut ingat yang kita perlu beribadat dengan IKHLAS, bukannya sebab TAKUT dengan mesej2 dan berita yang sewaktu dengannya camni


=======================
wallahualam
p/s: post ini adalah respon pada berita palsu yang disebarkan di blog
(belum delete)
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2011/08/21/gambar-dan-video-bulan-berada-di-atas-kaabah-pada-malam-selasa-lepas
(dah delete[Alhamdulillah, usaha untuk menghentikan penyebaran berjaya])
http://tulahan.blogspot.com/2011/08/gambar-bulan-berada-di-atas-kaabah-pada.html 

http://pemudacheh.blogspot.com/2011/08/gambar-dan-video-bulan-berada-di-atas.html
p/s 2: kalau nak share, sila linkkan pada post asal ini, dan tinggalkan link anda di komen, insya'Allah saya akan linkkan kembali
p/s 3: jika ada kesilapan, sila betulkan, saya akan ubah bahagian yang tersilap tu, saya manusia, buat jugak silap. yang baik dari Allah, yang buruk adalah salah saya sendiri
=================
Bulan atas kabah , bulan atas kaabah, bulan atas ka'bah , palsu Bulan atas kabah , palsu bulan atas kaabah, palsu bulan atas ka'bah, mesej berantai Bulan atas kabah , mesej berantai bulan atas kaabah , mesej berantai bulan atas ka'bah , Bulan atas kabah , bulan atas kaabah, bulan atas ka'bah , palsu Bulan atas kabah , palsu bulan atas kaabah, palsu bulan atas ka'bah, mesej berantai Bulan atas kabah , mesej berantai bulan atas kaabah , mesej berantai bulan atas ka'bah , Bulan atas kabah , bulan atas kaabah, bulan atas ka'bah , palsu Bulan atas kabah , palsu bulan atas kaabah, palsu bulan atas ka'bah, mesej berantai Bulan atas kabah , mesej berantai bulan atas kaabah , mesej berantai bulan atas ka'bah
=================
comment:


Braces Oh Braces! part 2

yeah.. gigiku rongak..
trus aku set appointment sabtu tu jugak.. sebab alang2 dah sakit, baik trus layan ja.. dari aku simpan, baek setel trus bab gigi..

sabtu tu, da set2 suma, *(siap rasa nak terkencing)
kenapa?
sebab terbayang post2 aku baca kat tenet n fesbuk.. ramai kata sakit time pasang braces..

BULLSHIT OH!
langsung x sakit

aku masuk, doktor sembang apa nta kat aku
tup2 tengah sembang da setel pasang besi

langsung x sakit.. cuma rasa muka ketat*(muka ketat??) sket la

balek tu.. ak ikut la nasihat2 yang baca kat  tenet.. makan bubur la, makan tu la benda2 lembut la. buah kena potong kicik2 la..

dem, aku bajet kalau makan benda2 keras sakit la *(time tu duk percaya lagi)

esok tu, darn, mak masak sedap2.. ak bajet dah x boley makan la.. tapi oleh sebab aku hati kental(padahal degil).. aku pon teruskan usaha aku yang degil ini ntuk "SLAMBER ROKIAH"(slamber rock) ja makan benda2 keras tu..

you know what? langsung x sakit.
aku makan guna graham la, kat blakang, wtfish makan guna gigi depan..

so. bagi sesapa nak pakai braces
nasihat aku..

1: cari kedai braces yang ramai orang rekemen
2: cari klinik gigi yang baek n banyak review yang baek
3: toksah(jangan) percaya cakap orang tentang pemakaian braces tu sakit la, kurang berat badan ka.. apa2 ja.. aku slamber rokiah je
4: jangan ikut prangai aku, jaga sket makan tu.. bila nak elok gigi kalau slamber makan benda liat dan keras
5: cari kawan2 yang boleh sapot2 dari blakang. baru ilang sket takut tu
6: pakai braces x sakit langsung oh!.. cuma rasa ketat je kat gigi.. lama2 braces tu pon x prasan
6.1- crita pasai braces pon x prasan, aku penah lepas makan, trus sambar colek gigi (pencungkil gigi) n nak cungkil cam biasa(biasa, tabiat).. tetiba stuck, baru ingat, aku dah pakai braces.. buang la tabiat tu oh!


tu je dariku untuk mu..
segala persoalan, gi la like page2 fesbuk braces tersebut.

n akhir skali..

TRINGIN  TAK NAK PAKAI?
bnwahhahahaha

hawauyu tudei?

aim fain!

KOMEN2

part 1:
http://hawauyu.blogspot.com/2011/08/braces-oh-braces-part-1.html


Braces Oh Braces! part 1

 Yellow!
Hawauyu tudei?

Post ini, ditulis dariku untukmu
budak2 yang x pakai braces, tapi teringin
dan terdetik satu soalan yang begitu serius mengalahkan segala benda2 yang serius belaka dinegara ini, contohnya politik!

my post for the community of braces user in malaysia!

Like Like Like! untuk dapatkan informasi dan pendapat2 tentang braces dari pengguna tegar(tegar ke?) braces semeleisias!
ada 2 page yang aku like untuk menyoal soalan2 yang begitu indah dan tersusun bak irama dan lagu tentang braces.

Komuniti Braces malaysia
http://www.facebook.com/pages/Komuniti-Braces-Malaysia/148837568480000?sk=wall

dan

Saya Budak Gigi Besi , I love wearing BRACES (:

http://www.facebook.com/pages/Saya-Budak-Gigi-Besi-I-love-wearing-BRACES-/115456831799468

Ekceli.. ramai bertanya

der... Pakai braces tu sakit ke?

ekceli, bagi aku, selama sebulan pakai braces *(waktu dan time artikel ni ditulis)

Pakai Braces, LANGSUNG tak sakit. atau dalam ayat lainya Pakai braces TAK SAKIT LANGSUNG (dehell? sama je maksud)

hahaha
aku pon, pakai braces lepas kena "sound" dengan apak aku, mak aku , makcik aku, and abang2 aku
almaqlomla. sebagai salah seorang PENAKUT(sori sket, aku bukan penakut, cuma takut dengan dentist ja), aku memang anti-Klinik gigi!
almaqlom, memang aku x suka dentist (siap penah lari lagi dari klinik gigi)

lepas2 kena sound, maka, pada tarikh keramat 19 july 2011. aku pon off ke Klinik orthodontiks permatang pauh untuk first appointment
dengan hati yang cuak lagi dupdap dup dap.. atau dap dip dup.. aku pon gi la dengan muka braninya.. (walhal cuak)

hari sebelumnya, ramai member2 tolong pujuk aku, sebab aku mmg takut bab dentist..

da jumpa, baru kutahu, kena buat appointment ntuk buat braces ni.. so aku pon set la apointment 23 hb(sabtu) tu.. dem buang masa aku dan menambah ketakutan braces ku!

tibanya hari keramat. ak pon gi la klinik tu
dia bagi la info, ada 2 jenis braces..

yang murah

RM3500 .. adalah versi besi (yang stendet, ramai orang pakai tu)
n yang mahal
RM5000 .. versi seramik, ala2 xnampak gitu.. sama kaler dengan gigi, orang x prasan

aku oleh kerana tak begitu kaya pilih la stendet

den doktoq gigi (pompuan) panggil masuk n bagi penerangan, dia cek2 gigi aku, n tekap 1 benda(acuan kot) ntuk amek bentuk gigiku.. lepas tu tibalah satu penerangan yang paling aku x suka

"fikri, gigi ni, ni n ni kena sacrifice" (cabut gigi)

pergh time tu rasa aiyo, jam pusing manyak silow(slow)!
cam nak rebah.. *(takut)

last2.. semua 5 batang ak kena cabut.. (LIMA!).. tapi bukan kat situ, kena gi dentist biasa
maka hari senayan(isnin) seterusnya.. 25 july.. ak gi la klinik gigi yusmin apa nta kat parit buntaq ni

amatlah sedih bila cabut 1 graham... *(tak sakit pon, padahal ramai cakap sakit), doktoq tu mmg syiok! baik

esoknya 26 cabut lagi satu.. .(dah 2 tu..) n balek, demam trus.. hahahah
lusanya 27julai.. cabut 3 skali.. maka mulalah sesi gigi rongakku!

bersambung di part 2
http://hawauyu.blogspot.com/2011/08/braces-oh-braces-part-2.html

so hawauyu tudei?
aim fain

komen2


What Would you Do? What is your response to this situation?

Hawauyu?

arini aku nak buat sedikit kajian.
nak tau apa respon anda semua tentang situasi ini?
Apa pilihan anda
dan kenapa anda membuat pilihan begitu?


SITUASI:
Seorang Wanita dirompak, sekarang ni perompak mempunyai senjata, dan sekeliling ada orang ramai.
perompak ni mempunyai senjata, mampu mencederakan wanita tersebut, dan orang2 disekelilingnya. anda Rasakan yang anda Mampu membantu(mungkin anda ada kelebihan, perompak tak perasan anda dibelakang beliau, atau anda mempunyai kelebihan dalam senibela diri dan anda yakin anda boleh membantu).. adakah anda akan membantu? jika ya, kenapa? tidakkah anda takut perompak itu mencederakan anda? tidakkah anda takut dipersalahkan jika tindakan anda menyebabkan orang2 disekeliling perompak itu cedera dan menyalahkan anda atas tindakan anda? adakah anda akan membuat panggilan kecemasan dan tunggu sehingga pihak berkuasa datang(katakan pihak berkuasa ambil masa 10 minit untuk sampai, banyak kemungkinan mungkin terjadi dalam masa 10 minit)? adakah anda akan berharap agar orang akan membantu?

fikir fikirkan pilihan anda dengan bijak, dan kenapa anda membuat pilihan begitu? dan adakah pilihan yang anda lakukan adalah pilihan yang boleh dianggap sebagai pilihan yang bijak?

so
What Would you Do? What is your response to this situation?












sila respon dibawah



Alkisah senior, Junior, super(supra)senior, superdupersenior!

hawauyu tudei?

Dalam "yuniversitieh" term2 ni amatlah common dikalangan student2

Senior? (budak lama)
Junior? (budak baru)
super(supra)senior? (budak repeat)
superdupersenior? (budak x reti2 nak grad)
quoted!
apa bezanya antara semua? pengalaman je beb!
kalau kau senior x semestinya kaw bijak dari junior, sama la dengan seterusnya.
yang peliknya
perangai some "senior"
almaqlomla mentang2 kaw da lama masuk *(padahal lebih satu sem ja). kaw boley buat kepala?
bro.. kalau ko senior, tapi baru amek "kelas" tersebut dengan junior2,
mesti la ko pon sama "blur" dengan junior
merendah la diri sendiri, xde orang penah mati sebab merendah diri pon
sama2 belajar..
cuma budak2 junior respek ko sket sebab ko lama idup dekat yuniversitieh dari diorang, tapi janganla sebab depa respek kaw besar kepala..
kekadang nyapah jugak.. sebab dia senior, kita kena ikut cakap dia.. walhal kekadang dia pon bukannya betui sgt.
hahahaha

Spitting on your seniorism la dude/sis kalau kau buat kepala sampai semua kena ikut cakap ngekau, sampai nak bagi pandangan pon xleh

sekian
hawauyu?
r-yu-laik-dis?




Ana? I? saya? what's the different?

Hawauyu tudei?
orait tudei, aku nak "mengemokan" yang sedang berposa.

ada alkisah tersebutlah maka berceritalah aku tentang penggunaan "ana"
tahukah anda tu merupakan kata ganti diri bahasa arab yang bermaksud saya?
tapi bukan yang tu alkisahnya.
alkisahnya nak tegur otak2 geliga sahabat2, pembaca2 dan semua la
ketahuilah
bahasa penggunaan "ana" tidaklah menunjukkan anda seorang yang religious.. kalau anda memang religious memang tooooooorboek(Alhamdulillah) la

ni tidak.. ada la 2-3 cerita, bila orang2 atau aku sendiri mula taip menggunakan "Ana"
ada ka orang boley anggap aku atau orang2 guna "ana" tu sebagai ustaz la.. perli sana perli sini perli sinun
dehell bro/sis?

"Ana" tu cuma kata ganti diri

tapi itu orait gak
yang besnya, ada geng2 yang diketahui perangainya masyaAllah.. takmau komen lebih
tengah2 sembang, tiba2 konon2nya nak "islamik" sikit la dalam komen dia..
pergh!
trus dari AKU  jadi ANA?
dehell?
niat tu baguih, tapi tak ka hipo"kirit"?
dari "aku,gua" tetiba jadi "ana" sebab nak menyampaikan sedikit ilmu?
kekadang saja guna "ana" dengan niat member2 respek sebab nampak islamik gitu.

be yourself a bro.. x semestinya guna AKU/GUA tu kau xboleh sampaikan ilmu agama.. memang nampak kasar, kalau x mau kasar guna "SAYA".. kan cantek sket.. ni tetiba "ana"


aiyoyoyo, tapi yang besnya, yang nak menunjukkan ko hipo"kirit" sket tu, benda yang kaw bagitau(ilmu tu) kekadang tah haram~~~, betuinya pon idak.

be yourself!

so?
hawauyu?
r-yu-laik dis?



Excited!

Yellow!(basically Hello)
really excited to start blogging my own personal blog!

will be using a lot of "ROJAKZ" language/dialect in my writing..


so?
hawauyu tudei? (how are you today?)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post

Read This!

If you would like your blog to be included in this reading list, just mail your blog link to Hawauyu[at]gmail.com. The of a blog that i read is Quality-non-diary blog. if you would like your post/article to be discussed by me, just mail the blog link to the same blog. with regards - Hawauyu

Label Cloud