Diwaktu ini, negara sedang kecoh dengan tayangan2 video pendek 'lucah' yang dirakamkan oleh anak2 remaja kita. Bukan sahaja dirakam, ia juga disebarkan melalui pelbagai medium, terutamanya melalui medium internet.
'MERAKAM aksi seks menggunakan telefon bimbit boleh dianggap antara masalah sosial yang semakin membarah apabila ia kini menjadi hobi di kalangan masyarakat, khususnya remaja.'
pernahkah anda terfikir, dan pernahkan anda cuba mengkaji satu fakta yang mengejutkan ini...
fakta tersebut ialah:
Berita2 tentang 'pembuangan' bayi, jika kita kira 'bulan' tersebut, pastinya 8 atau 9 bulan sebelum berita tersebut, terdapat satu 'event'?
contohnya, bulan 9(september), 10 (oktober) dan 11 (november) merupakan bulan2 dimana akhbar sibuk melaporkan kes2 pembuangan bayi? cuba kita tolak 8 atau 9 bulan pada bulan2 tersebut.. pastinya 'event' yang paling 'popular' diwaktu itu adalah 'tahun baru' dan 'valentines day'. perasan tak?
teruskan pembacaan
Klip 3gp !
video MelayuBoleh !
Gadis Bertudung !
dan lain2 lagi, merupakan kata kunci yang popular dalam 'pencarian' klip pendek aksi lucah.
pernahkan kita terfikir?
"Walaupun ada pasangan yang terbabit dalam aksi itu kemudian melaporkan penyebaran klip berkenaan kepada polis kerana diugut atau bagi menyekat penyebarannya, tetapi timbul satu persoalan, apakah pula hukuman mereka yang membuat laporan itu sedangkan terbukti melakukan hubungan seks luar nikah seperti yang tertera dalam klip itu." - hmetro
apakah kesalahan itu diletakkan kepada 'pengugut' semata2? ataupun diletakkan pada orang yang 'menyebarkan' video itu semata?
walhal secara jelas kita mengetahui.. kalau tidak ada 'perbuatan' macam mana boleh ada video mereka?
adakah kesalahan itu terletak pada LELAKI semata-mata? walhal diwaktu 'aksi lucah' tersebut, keduanya suka sama suka, untuk 'melakukan' dan 'merakam'? Tidakkah kita 'perasan' , diwaktu kita 'maki' perbuatan orang yang 'menyebar'(selalunya lelaki) tu, sebenarnya perkara itu juga merupakan kesalahan bersama, mereka suka sama suka?
adakah kesalahan itu semata2 terletak pada 'mereka' berdua sahaja? dimana ibu bapa mereka yang terlalu memberi 'kebebasan' kepada anak2 mereka? jika begitu, kenapa kita tak salahkan 'kerajaan' kerana tidak memantau?
jika kita hendak meletakkan kesalahan pada kes video2 lucah ini, tidaklah 'habis'. kerana semuanya adalah berkaitan, jika hendak didebatkan, semua boleh dikaitkan dengan punca masalah ini
Ibu bapa tak memantau
Kerajaan tidak melaksanakan undang2 yang lebih tegas
Pendidikan agama sudah tidak berkesan, semata2 untuk keputusan akademik bukannya pembinaan AKHLAK
Tambahan pula, diwaktu ini, terdapat akhbar2 yang seperti memberi tatapan 'percuma' pada remaja2 dengan gambar2 berunsur lucah, bahkan ada juga yang telah 'memberikan' laman web untuk remaja2 ini layari untuk mendapatkan video2 tersebut.
AKHBAR SAHAJA?
oh tidak
bahkan didalam SIARAN LANGSUNG BERITA juga memberikan perakara sama
diwaktu ini juga tayangan filem 'klip 3gp' yang sudah pastinya ditonton oleh 'PASANGAN2' juga boleh menjadi punca keruntuhan akhlak tersebut
sesungguhnya Allah maha mengetahui, diturunkan hukumnya, untuk memberi pengajaran, memberi sedikit rasa 'takut' untuk melakukan segala maksiat ini.
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman."
-Surah An-Nur: ayat 2
Sabda Rasulullah s.a.w
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
-Hadis riwayat Imam Ahmad
tugas 'nahi mungkar' terletak pada semua umat islam
tugas itu terletak pada diri kita, ibu bapa kita, guru2 kita, kerajaan kita!
tidakkah kita tergerak hati, untuk menegur 'maksiat2' didepan mata kita?
adakah kita takut 'makian' orang yang kita tegur itu lebih dari kita takut hukuman yang Allah akan berikan pada kita yang 'menoleh' muka dari perkara mungkar?
di IIUM/UIAM (International Islamic University Malaysia/ universiti islam antarabangsa Malaysia), sudah diwujudkan satu pertubuhan yang cuba untuk bergerak dalam usaha berdakwah menentang zina
Resilia IIUM (Remaja Suci Dari Zina,Mulia Dalam Agama)
Walaupun tidak terlibat, saya cuma menggunakan medium penulisan saya, untuk menyokong gerakan mereka, diharapkan dengan penulisan ini, adalah pihak2 yang cuba tambil untuk melibatkan diri dalam penubuhan kelab/gerakan seperti ini, jika tidak pun, memberikan sumbangan, paling sedikit pon, menyebarkan berita gembira pada umat islam disekeliling kita, sudah ada golongan remaja yang TAMPIL untuk cuba menutup kesalahan kita bersama, yang selama ini memaling muka dari perkara MUNGKAR! kalau masih susah, cuma klik 'like' pada awal atau hujung artikel ini.
apa yang saya harapkan, tidaklah mereka semata2 BERGERAK didalam KUMPULAN, bahkan cubalah bergerak setakat yang mampu, walaupun bersendirian. PRAKTIKKANLAH apa yang anda telah belajar, melalui program2 yang telah anda lalui. MULAKAN juga dari DIRI ANDA!
Cubalah untuk Elakkan dari di'cop' sebagai hipokrit, yakni menasihati orang lain tetapi tidak mempraktikkan dari diri sendiri dahulu, kerana ANDA merupakan titik permulaan kebangkitan REMAJA-REMAJA untuk menentang zina! pastikan ANDA menjadi satu MODEL yang akan orang ikuti! janganlah terlalu TAKSUB MENASIHATI orang lain sehinggakan TERLUPA yang orang2 kita NASIHATI juga sedang MELIHAT ANDA! Gunakan MEDIUM2(FACEBOOK/TWITTER) yang anda ada untuk berdakwah, dan cuba untuk membuka AKAUN KHAS pada setiap pendakwah, dan bukannya menggunakan akaun PRIBADI anda(takut2 status anda disalahtafsir) , kerana Mata sedang melihat SETIAP perbuatan anda dan SETIAP penulisan anda.
TERUSKAN PERJUANGAN anda wahai adik2, abang-abang dan kakak-kakak sekalian! dengan penulisan ini, ingin saya TEGASKAN, suara anda sudah didengar!
Rambut sama hitam, Hati lain lain
setakat inilah perkongsian saya,jika ada salah dekat mana2, tegur2lah.. sekurang2nya saya tahu kesalahan saya dan ubah supaya pembaca2 seterusnya dah tak ter"ikut" benda2 yang mungkin saya tersilap
Yang Baik adalah dari Allah, segala yang buruk, salah, dan silap adalah dari saya sendiri...
Ma'asalamah, dan Renung2kanlah
So?
Hawauyu tudei?
komen2
komen2
p/s: Sila tekan butang "LIKE" dan "Share" untuk share artikel ini di facebook atau Twitter anda jika anda merasakan POST ini adalah ARTIKEL yang MENARIK dan perlu disebarkan untuk MEMBUKA minda rakan2 anda..
TERIMA KASIH DAUN KELADI
ADA MASA, SINGGAHLAH LAGI.
Post a Comment