Baru ini hangat di media2 online USTAZ HARON DIN MIMPI BERTEMU NABI
cerita tentang mimpi Nabi/Rasulullah S.A.W bukanlah satu cerita asing lagi..
sebelum ini juga pernah hangat tentang kisah seorang pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah..
didalam post kali ini, saya cuma ingin repost pendapat/pandangan saya tentang perkara ini berdasarkan satu soalan dari sahabat saya, semoga penulisan ini dapat memberi faedah pada kita semua
Soalan:
Pandangan saya:
First of All, thx sebab tanya soalan ni, sebab aku memang pernah nak menjawap ada 1 soalan orang post aritu, tapi biasa, sibuk2 aku terlupa trus...
sekenly, aku x brapa paham soalan hang.. tapi aku berminat nak bercerita sedikit apa yang aku tau tentang bermimpi berjumpa dengan nabi
Bermimpi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W..
ni berdasarkan pandangan aku yang berlandaskan ilmu aku yang tak seberapa tinggi, tapi aku berharap pandangan aku ni tidaklah terlencong akidahku sebagai seorang umat islam.
mimpi berjumpa nabi ni bukanlah sesuatu yang agak baru, sebelom ni pon ramai yang mengepos tentang cerita seorang budak UIA bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W... baru2 ni dihangatkan pula dengan video USTAZ HARON DIN MIMPI BERTEMU NABI...
pada pendapat aku, bukannya perkara main2 kalau sesorang tu cakap dia bermimpi berjumpa Nabi.. menipu pon dah merupakan dosa besar, inikan pula menipu dengan menggunakan Rasulullah S.A.W... jadi bagi aku kalau orang yang menipu, menggunakan Rasulullah S.A.W amatlah tidak wajar dan memang BERANI...
kalau x salah aku ada 2 hadith yang SOHIH tentang bermimpi jumpa nabi..
jap gugel..
وَمَنْ رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ في صُورَتِي
Ertinya : Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 )
Dalam hadith yang lain pula disebutkan :-
من رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَخَيَّلُ بِي وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ من سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا من النُّبُوَّةِ
Ertinya : "Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi), maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupaiku, dan mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk dari kenabian" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568 )
berdasarkan hadith ni pon jelas mengatakan tentang terlihat BELIAU(Rasulullah S.A.W) dalam mimpi adalah perkara benar...
macam ditulis oleh ustaz zaharuddin tentang 3 jenis pandangan tentang mimpi akan nabi: http://zaharuddin.net/
ok done bab tu..
skarang teruskan tentang pandangan aku
bagi aku, kalau sesorang tu bercerita tentang mimpi beliau bertemu nabi.. aku akan ikut 1 teknik yang aku belajar didalam science of hadith, dimana, sesuatu hadith/sunnah tu hanya sohih berdasarkan beberapa keteria, terutama background orang tersebut..
jadi, pada pandangan aku... orang bercerita bertemu nabi, aku akan tengok, sapa yang cerita tu, kalau orang tu memang berilmu, disegani dalam bab agama, layak digelar ulama', maka aku percaya apa dia cakap..
tapi jangan salah sangka plak, x bermakna aku x percaya kalau orang bercerita tu background dia xbrapa elok.. sebab aku berpegang teguh pada konsep hidayah, bagi aku jika dia teruk sekalipon, jika dia bertaubat, bersungguh2 nak berubah, dan terlalu inginkan perubahan(hidayah), mungkin mimpi tu merupakan Hadiah dari ALLAH untuk membimbing beliau...
jadi untuk persoalan mimpi bertemu nabi ni, bagi aku merupakan satu perkara subjektif.. lain orang lain pandangan, asalkan pandangan tu tak terlencong aqidah, aku anggap itu pandangan dia....
Persoalannya bagaimana sesesorang itu dapat membezakan bahawa jelmaan didalam mimpi beliau itu adalah Rasulullah S.A.W dan bukannya Syaitan,
berdasarkan post dari ustaz zaharuddin.. saya berpendapat
"Mereka berpendapat bahawa hadith di atas terikat dengan samanya wajah dan bentuk Rasulullah yang dilihat dalam mimpi dengan apa yang diriwayatkan atau yang dilihat semasa hayat (bagi sahabat nabi). Jika ia sama sifatnya, dan perwatakkannya, di ketika itu ia adalah wajah benar-benar Nabi SAW, jika bercanggah, maka ia bukanlah Nabi SAW."...
refer pada riwayat dan hadith.. kalau ada sedikitpon perbezaan dari mimpi dan riwayat, mungkin itu cuma jelmaan syaitan...
والله أعلمُ بالـصـواب
Sesungguhnya, Allah knows best
Rambut sama hitam, Hati lain lain
setakat inilah perkongsian saya,jika ada salah dekat mana2, tegur2lah.. sekurang2nya saya tahu kesalahan saya dan ubah supaya pembaca2 seterusnya dah tak ter"ikut" benda2 yang mungkin saya tersilap
Yang Baik adalah dari Allah, segala yang buruk, salah, dan silap adalah dari saya sendiri...
Ma'asalamah, dan Renung2kanlah
So?
p/s: Sila tekan butang "LIKE" dan "Share" untuk share artikel ini di facebook atau Twitter anda jika anda merasakan POST ini adalah ARTIKEL yang MENARIK dan perlu disebarkan untuk MEMBUKA minda rakan2 anda..
TERIMA KASIH DAUN KELADI
ADA MASA, SINGGAHLAH LAGI.
Post a Comment