Kenapa PERLU cabut bulu kening?

ASsalamualaikum
tajuk post arini adalah KENAPA PERLU cabut bulu kening,
YA! ini post SARKASTIK, sebelum anda membuat andaian, sila baca post ini sehingga habis


Mencabut kening
adalah salah satu "HOBI" wanita atau lelaki
yang ingin mendapatkan "KECANTIKAN" yang mereka mahukan.

mencabut kening ni selalunya dilakukan oleh wanita, dan juga segelintir lelaki,
dengan niat supaya kelihatan lebih cantik dan KEMAS *(kononnya)

Terdapat Banyak pendapat tentang "mencabut" bulu kening ni.
sila klik seterusnya untuk sambung membaca dan melihat gambar

dan pastikan minda anda berada didalam keadaan "neutral" sebelum "menyalahfahamkan apa yang ditulis ini

klik seterusnya


sebelum kita melihat "pandangan2" ilmuan serta ilmuan tentang hukum mencabut bulu kening
izinkan saya "SHARE" gambar ini, supaya yang berminat nak mencabut bulu kening tu, boleh "agak2" rupa "mereka" selepas mencabut bulu kening tu

Kenapa PERLU cabut bulu kening?
sebab nak jadi pelik camni kot
ataupon diorang rasa, pelik tu "CANTEK"
Cantik tak?
sumber: http://9gag.com/
cantik tak? kalau cabut bulu kening perabih, camni la gayonya

dari cantik jadi "FREAK(pelik)"

hoho
kembali ke pandangan2 tentang mencabut bulu kening

Pandangan ilmuan:
Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. 
 
 Ini bedasarkan Hujah2 yang diberikan oleh
Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pengarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
 
sedikit quote:
"
Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.
 
Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.
 
Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.
 
 
Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.
 
Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
 
Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.
 
Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.
 
Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.
 
Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT. "

sumber: http://grenbara.bravejournal.com/entry/32962


berdasarkan pandangan ini, kita boleh lihat yang ia dibenarkan atas hujah dan dalil yang diberikan 
Fahami betul betul. Kalu masih rasa musykil dan tak jelas makna yg tersirat maka ada eloknya perkara yang menimbulkan was was itu dijauhi. 
tapi kita harus ingat
Hukum mencabut bulu di muka perempuan (di pipi dan atas bibirnya) dibolehkan untuk mengembalikan keaslian wajah wanita yang memang tiada bulu di mukanya.
Mencabut bulu kening atau alis adalah haram jika bertujuan mengubah ciptaan Allah, tetapi setakat sehelai dua tidaklah menjadi masalah di atas alasan merapikannya.
sumber dan Hujah:http://www.trulily.net/blog/?p=18
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/AMMJ/20061112105055/Article/indexs_html






Prof Madya Dr Anisah Ab Ghani
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 

Mengenai hadith yang dinyatakan diatas
Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik.




tetapi, selain dari benda yang diterangkan diatas
harus dingatkan bahawa


Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik 

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."

Pandangan saya:

xperlu la cabut bulu kening, nabi dah haramkan. fullstop!
skarang ni pakat2 duk menjual "alat2" kosmetik untuk "mengubah" bulu kening,
padahal Allah kita dah perfect, xde idung dulu, xde bulu kening 18.. xpayah la kita susahkan diri, sakitkan diri, MEMELIKkan diri, dengan cabut kening

Daripada Abdullah bin Mas'ud berkata, 
"Allah SWT mengutuk para wanita yang mencukur dan membentuk bulu keningnya dan para wanita yang meminta untuk dicukur dan dibentuk bulu keningnya untuk mencantikkan dirinya yang merupakan perbuatan mengubah ciptaan Allah SWT."
Larangan ini disebutkan dalam hadis daripada Ibn Mas'ud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Allah SWT mengutuk perempuan-perempuan yang mentatu dan mereka yang minta ditatu, perempuan yang mencukur alis dan mereka yang minta dicukur alis, perempuan yang mengasah gigi agar lebih indah dan yang mengubah ciptaan Allah' 


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2010/03/nabi-saw-larang-wanita-cukur-bulu_29.html








Kalau Anda tak paham maksud ilmuan2 tersebut tentang "yang dibenarkan untuk mencabut kening", xpayah gatai2 tangan mencabut kening tu, dah elok dah.. benda yang WAS-WAS haruslah ditinggalkan.


Quotation menarik:
"yang saya tau ni seperti mengubah "sebaik-baik kejadian ALLAH SWT",


maka,
elakan...."


cantik sgt ka runcingkan bulu kening tu?
cabut bulu kening tu?
tgk ni
some_text
some_text
some_text
some_text








tak ke pelik gila?
Sumber: http://images.google.com


jangan memutarbelitkan dalil untuk Menghalalkan apa yang haram,
baca pendapat ilmuan2 tersebut,


stakat tu je la
Fahami betul betul. Kalu masih rasa musykil dan tak jelas makna yg tersirat maka ada eloknya perkara yang menimbulkan was was itu dijauhi. 




Assalamualaikum


ok, takat tu la perkongsianku, jika ada salah dekat mana2, tegur2lah.. sekurang2nya saya tahu kesalahan saya dan ubah supaya pembaca2 seterusnya dah tak ter"ikut" benda2 yang mungkin saya tersilap


Yang Baik adalah dari Allah, segala yang buruk, salah, dan silap adalah dari saya sendiri...

Ma'asalamah, dan Renung2kanlah
So?
Hawauyu tudei? 
komen2



0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post

Read This!

If you would like your blog to be included in this reading list, just mail your blog link to Hawauyu[at]gmail.com. The of a blog that i read is Quality-non-diary blog. if you would like your post/article to be discussed by me, just mail the blog link to the same blog. with regards - Hawauyu

Label Cloud